PDPA Notice

Personal Data Protection Notice


In compliance with the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA 2010”) and its regulations, this Personal Data Notice (“Notice”) describes how Messrs Steven Thiru & Sudhar Partnership (“Firm”) uses your Personal Data (defined below) and will inform you of your rights with regards to your Personal Data that has been and/or will be collected and processed by us.


Pursuant to section 7(3) of the PDPA 2010, this Notice is issued in both English and Bahasa Malaysia. In the event of any inconsistencies or discrepancies between the English version and the Bahasa Malaysia version, the English version shall prevail.


By engaging the Firm to provide services or by interacting with the Firm either at our events, talks or otherwise, or by using the Firm’s website (http://www.stsp.my) (“Website”), you consent to the processing of your Personal Data by the Firm and all persons involved in the provision of services by the Firm.


The Firm shall have the right to modify, update or amend the terms of this Notice at any time by placing the updated Notice on the Website. By continuing to communicate with the Firm or by continuing to use the Firm’s services following the modifications, updates or amendments to this Notice, this shall signify your acceptance of such modifications, updates or amendments.


Collection and Sources of Personal Data


  1. Personal Data” means information about you which you have provided to the Firm, such as your name, address, telephone number, NRIC number, passport number, email address, your personal preferences, particulars of your spouse or family members and bank account information and any information which may identify you, your spouse or family members that has been or may be collected, stored, used and processed by the Firm from time to time.


  1. In addition to the Personal Data you provide to the Firm directly (i.e. during your communications with the Firm and/or when you engage the Firm to provide services), the Firm may also collect your Personal Data from a variety of sources, including but not limited to, at any events organised or sponsored by the Firm, from the cookies used on the Website and/or obtained independently by us or given to us from other lawful sources.


Impact of Non-Provision of Personal Data


  1. The provision of your Personal Data is voluntary. However, if you do not provide your Personal Data, the Firm may not be able to communicate with you, provide you the services you require, or process your Personal Data for the purpose relating to potential internship, pupillage or employment with the Firm.



Purposes of Collection and Processing


  1. The Firm may use and process your Personal Data for the purposes relating to the services you have requested and for the business activities of the Firm which shall include, but is not limited to the following:-


  • to communicate with you;
  • to respond to questions and comments from you;
  • to assess the suitability of your application for internship, pupillage or employment;
  • for internal administrative purposes;
  • to provide information to regulatory and governmental authorities in order to comply with statutory and government requirements;
  • for the Firm to comply with its obligations under law, including compliance with laws relating to evidence;


and you agree and consent to the Firm using and processing your Personal Data in the manner as identified in this Notice.


Other Purposes


  1. The Firm may also use and process your Personal Data for other purposes such as:-


  • to send you materials such as newsletters, articles, write-ups as well as other updates;
  • to distribute information or details of events which may be of interest to you;
  • to send as potential referees to editors/researchers in ranking legal publications and journals, and potential clients who request for referees of past work in Requests for Proposals, tenders and/or submissions;


by way of email or mail.


  1. If you do not consent to the Firm processing your Personal Data for the purposes listed in paragraph 5, please notify the Firm using the contact details stated in paragraph 10 below.


Transfer of Personal Data


  1. As the Firm's information technology storage facilities and servers may be located in other jurisdictions, your Personal Data may be transferred to, stored, used and processed in a jurisdiction other than Malaysia. Further, your Personal Data may be transferred out of Malaysia for the purposes as described in paragraph 5(3) where such ranking legal publications and journals and/or potential clients are located outside of Malaysia. You understand and consent to the transfer of your Personal Data out of Malaysia as described herein.


Disclosure to Third Parties


  1. The Firm may engage other companies, service providers or individuals to perform functions on the Firm’s behalf, and consequently may provide access or disclose your Personal Data to the third parties such as, but not limited to, those listed below:-


  • information technology service providers;
  • data entry service providers;
  • storage facility providers;
  • banks and financial institutions;
  • insurance providers;
  • any professional advisors and external auditors;
  • regulatory and governmental authorities in order to comply with statutory and government requirements.


Access & Correction Requests and Inquiries


  1. Subject to any exceptions under applicable laws, you may at any time hereafter request:-


  • for access to your Personal Data;
  • for correction or rectification of your Personal Data;
  • to limit the processing of your Personal Data; or
  • to seek further information from the Firm regarding the processing of your Personal Data.


  1. You may make such request mentioned at paragraph 9 above by contacting:-

    Office Manager

Address: Steven Thiru & Sudhar Partnership, Unit A1-12-01, Arcoris Mont Kiara, Jalan Kiara, 50480, Mont Kiara, Kuala Lumpur

Email: info@stsp.my


  1. In respect of your right to access and/or correct your Personal Data, the Firm has the right to refuse your requests to access and/or make any correction to your Personal Data for the reasons permitted under law, such as where the expense of providing access to you is disproportionate to the risks to your privacy.






Notis Perlindungan Data Peribadi


Dalam pematuhan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA 2010”) dan peraturan-peraturannya, Notis Data Peribadi ini ("Notis") menerangkan bagaimana Tetuan Steven Thiru & Sudhar Partnership (“Firma”) menggunakan Data Peribadi (ditakrifkan di bawah) anda dan akan memaklumkan anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda yang telah dan/atau akan dikutip dan diproses oleh kami.


Menurut kepada seksyen 7(3) PDPA 2010, Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidakkonsistenan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.


Dengan melantik Firma untuk menyediakan perkhidmatan atau dengan berhubung dengan Firma sama ada di acara, ceramah atau sebaliknya, atau dengan menggunakan laman web Firma (http://www.stsp.my)  ("Laman Web"), anda bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh Firma dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh Firma.

Firma berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskini di Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Firma atau dengan terus menggunakan perkhidmatan Firma berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, ia hendaklah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.


Pengutipan dan Sumber Data Peribadi


  1. Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang anda telah berikan kepada Firma, seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, alamat e-mel, keutamaan peribadi anda, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga anda dan maklumat bank akaun dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau akan dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh Firma dari semasa ke semasa.


  1. Tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Firma secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan Firma dan/atau apabila anda melantik Firma untuk menyediakan perkhidmatan), Firma juga mungkin mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada, di sebarang acara yang diatur atau ditaja oleh Firma, daripada cookies yang digunakan di Laman Web dan/atau diperoleh sendiri oleh kami atau diberikan kepada kami oleh sumber-sumber sah yang lain.


Kesan Tidak Memberi Data Peribadi


  1. Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, Firma mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan anda, menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan, atau memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan latihan amali, latihan dalam kamar atau penggajian anda yang berpotensi dengan Firma.


Tujuan Pengutipan dan Pemprosesan


  1. Firma boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan Firma yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-


  • untuk berkomunikasi dengan anda;
  • untuk menjawab soalan-soalan dan komen-komen daripada anda;
  • untuk menilai kesesuaian permohonan anda untuk latihan amali, latihan dalam kamar atau penggajian;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman;
  • untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi keperluan-keperluan undang-undang dan kerajaan;
  • untuk Firma mematuhi obligasi-obligasinya di bawah undang-undang, termasuk pematuhan dengan undang-undang yang berkaitan dengan keterangan;


dan anda bersetuju dan mengizinkan Firma untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda menurut cara sebagaimana yang dikenalpastikan dalam Notis ini.


Tujuan Lain


  1. Firma juga boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain seperti:-


  • untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan serta pengemaskinian yang lain;
  • untuk mengedar maklumat atau butir-butir acara yang mungkin anda minati;
  • untuk menghantar sebagai rujukan berpotensi kepada editor/penyelidik di penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf, dan pelanggan-pelanggan berpotensi yang meminta rujukan untuk kerja terdahulu dalam Permohonan untuk Cadangan, tender dan/atau penyerahan;


melalui e-mel atau mel.


  1. Jika anda tidak mengizinkan Firma untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang disenaraikan dalam perenggan 5, sila maklumkan Firma dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 10 di bawah.


Pemindahan Data Peribadi


  1. Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan pelayan Firma mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan-tujuan sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 5(3) di mana penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf dan/atau pelanggan-pelanggan berpotensi berada di luar Malaysia. Anda memahami dan mengizinkan kepada pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini.


Pendedahan kepada Pihak Ketiga


  1. Firma boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak Firma, dan sebagai akibat boleh memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga seperti, tetapi tidak terhad kepada, yang disenaraikan di bawah:-


  • penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat;
  • penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;
  • penyedia-penyedia kemudahan simpanan;
  • bank dan institusi kewangan;
  • penyedia-penyedia insurans;
  • sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar;
  • pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi keperluan-keperluan undang-undang dan kerajaan.


Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan


  1. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon:-


  • untuk akses kepada Data Peribadi anda;
  • untuk pembaikan atau pembetulan Data Peribadi anda;
  • untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda; atau
  • untuk memohon maklumat lanjut daripada Firma berkenaan pemprosesan Data Peribadi anda.


  1. Anda boleh membuat permohonan yang dinyatakan di perenggan 9 di atas dengan menghubungi:-


Pengurus Pejabat

Alamat: Steven Thiru & Sudhar Partnership, Unit A1-12-01, Arcoris Mont Kiara, Jalan Kiara, 50480, Mont Kiara, Kuala Lumpur

Emel: info@stsp.my


  1. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Firma berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila kos pemberian akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.